Monday, December 21, 2009

pintaku...

Tuhan…

ampunilah aku
kerana aku bukan hamba-Mu yang terbaik
aku sering leka dan alpa
aku terbuai dengan dusta dunia
aku hanyut dengan lafaz cinta dunia.

Tuhan…
ampunilah aku
bantulah aku ya Tuhan ku
bantulah aku
agar aku tidak jauh dari-MU
agar aku tidak terbuai keasyikkan dunia
agar aku tidak terpedaya dengan janji cinta dunia

Tuhan..
ku mohon kepadaMU
rahmatilah aku
redhai lah perjalanan hidupku
dan tunjukkanlah aku
jalan agar aku tidak terpesong dariMU

Tuhan…
ku mohon kepada MU
kurniakanlah aku
insane yang mencintaiku kerana mencintaMU
agar aku tidak alpa dengan cinta dunia.

0 comments:

Post a Comment