Thursday, December 24, 2009

bila kita sayang orang tu...


Bila kita sayang orang tu,
kita gaduh dengan dia,
kita diam jer…
Tapi, dia heboh satu dunia.
Hati kata tak per,
dia tension tu…

Bila kita sayang orang tu,
kita call nak cakap dengan dia.
Tapi di phone bagi phone kat orang lain.
bila jadi camtu,
hati kata takper..
kawan dia,kawan kita jugak.

Bila kita sayang orang tu,
kita bercerita dengan dia,
dia buat dunno jer.
Tapi bila dia bercerita degan kita,
kita dengar,sepatah2 kita ingat.
Hati kata takpe..
sayang katakan…

Bila kita sayang orang tu,
kita dan dia lapar.
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia.
hati kata, alaa..jagalah hati dia.
Dia lapar tu.

Bila kita sayang orang tu,
kita sanggup bagi dia rest bila dia letih.
Tapi bila kita letih,
dia suruh gak kite layan dia bila dia bosan.
Adil ker??
Hati kata, alaa..bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu,
kita jadi macam orang gila bila dengar dia sakit.
Tapi bila kita sakit,
dia siap kuar dengan kawan2dia,
pergi meraikan hari kesakitan kita.
Hati kat, ala takper..
Takkan dia nak berkepit dengan kita 24jam je.

Bila kita sayang orang tu,
kita tak pernah tipu dan pentingkan diri sendiri.
Tapi dia menipu &hipokrit tahap gaban.
Hati kata takper,
dia memang macam tu..
Kenalah terima..

Bila kita sayang orang tu,
kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya.
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut.
Walaupun kita sakit,
dia kata kat kita,
sakit biasa2 jer tu, jangan nak mengarutlah.
Hati kata, camnerlah dia bila kita takder?
Mesti dia hepi kan..

Bila kita sayang orang tu,
kita tak sanggup tengok dia derita
walaupun sedikit pon.
Tapi dia tak pernah hargai diri kita.
Hati kata, Tau tak betapa kita sayangkan dia???

Bila kita sayang orang tu,
kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk biarkan dia bahagia.
Tapi dia tahu tak pengorbanan kita????
hati kata, takper..
Janji dia bahagia.

Dan

Bila kita dah tinggalkan dia,
dia rasa tak bahagia,
dan bila dia dah sedar,
yang dia betul2 perlukan kita,
dia datang jumpa kita..

Dia kata..
Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita.
Dia mintak maaf sebabpernah buat kita tunggu dia.
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time dia bosan.
Dia mintak maaf sebab pernah heboh satu dunia pasal salah kita.
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan call kita.
Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita.
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan seba dia.
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita.
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan sakit kita.
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan siri sendiri.
Dia mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita.

Bila kita sayang orang tu,
kita buat semuanyakan?
Tapi dia tak pernah faham,kan?

Dan…

Bila dia dah betul2sedar,
yang dia perlukan kita,
dia dating merayu dan kata sorry pada kita.

Sorry????
selepas lukakan hati kita?
Bila kita sayang orang tu,
kita kata takperlah..
Aku dah tinggalkan dia…
Moga dia bahagia tanpa kita.

Tapi…
ada dia buat apa2 untuk kita??
ada dia hargai apa yang kita buat untuk dia??
dia lagi bahagia dengan dunia & kawan2 dia..
Hati kata,
takperlah…
mengalah demi insane tersayang.

Dan hati kita kata..
tak kperlah apapun yang dia buat,
kita tetap sayangkan dia..
untuk selama-lamanya,
sampai bila2 pun.
Bila kita cakap kita sayang dia lbh dari diri kita,
dia kata kita saja jer nak amik hati dia.
Padahal dia tak tau kita memang sayang gila kat dia.
Nak buat semuanya untuk dia kalau kita mampu.

Tapi…
apakan daya..
Kita pun manusia biasa gak.
Hati ni telah terluka..

0 comments:

Post a Comment