Monday, June 28, 2010

berada di rumah

salam....dear diary..
aku sedang bergumbira sekarang..sebab aku berada di rumah!haha...
bestnyer! tidak perlu lagi aku mengadap karenah mereka di rumah sewa.hahaha..
aku pun tak tau nak tulis apa lagi...
so..
see u soon!
Wednesday, June 23, 2010

selesai 1 paper,1paper menanti lagi!



alhamdulillah...tepat pukul 5suku ptg tadi tamat sudah perang subjek risk management.hehehe.. kbykan soalan lebih kurang sama dengan soalan2 semester lepas.
alhamdulillah...walaupun tak tau betul ker tak dengan kehendak soalan, dapat jugak aku menjawabnyer...
paling tak tahan dengan situasi dalam dewan.perghhh...sejuk giler!pakai sweater pon masih terasa sejuk hingga ke tulang! bak kata kawan aku main ice skating pon tak sejuk macam ni.heheehee.. sebenarnya susah nak fokus bila terlampau sejuk ni..

apa2pon...terima kasih pada yang bagi semangat..

jumaat ni plak kena g berperang lagi...untuk subjek FINANCIAL MANAGEMENT!

good luck im!!!


Tuesday, June 22, 2010

im taking a risk tomorrow

dear diary...
im taking risk tomorrow..
tepat pukul 2 suku esok...paper subjek risk management menanti. dh ready ker im? not sure yet...awat cam blurr jer??
tension2..

pray for my success....
Monday, June 21, 2010

tu pasangan korang..


dear diary...
semua orang dok cerita pasal pasangan masing2. tak kisahla gf or bf. hurm...aku mengaku la...agak jeles gak.hahaha...

di mana adam aku?
sudah lama aku menanti...the right adam.
hurm..betul la cam dalam citer yang aku pernah tengok dulu. kita tunggu cinta datang macam kita tunggu keretapi kat stesten yang amat jauh...terlampau banyak keretapi tu singgah. sebab tu lamabat sampai kat kita. keretapi tu kiranyaa pasangan kitala.

hurm..
andai adam aku tu seorang yg kreatif kn ker seronok. seorang yg pandai mengekspresikan cintanya dengan sajak, coretan atau luahan yg sgt menyentuh hati, alangkah bahagianya!

hahaha...
tapi tu semua tak penting..at least dia buat aku rasa dihargai..betul kn???

the journey too long...
one fine day i might meet him..

exam dah dekat!

dear im,
dont you know that exam is around the corner?????
your final exam on RISK MANAGEMENT will be on this WEDNESDAY!
and your final exam on FINANCIAL MANAGEMENT will be on this coming FRIDAY!!!!

tak reti2 ker g study yang oi...!!!!!!!!
huhuhu

p/s:just for myself

follower

dear diary...
did u see it?
my follower increase!
haha..thankz to several website that i join which help me to get more blogger friends.
all their blog was very nice and cute.nice to know them. you know it diary, i love to make friends. and i really hope that i can meet each of my friend one day although we are too far away.
Sunday, June 20, 2010

b0san

dear diary...
hrni tersangatlah bosan..
sunyi..
diary, aku dah buat salah ke tadi?
aku ada buat silap apa smp dia out td?
dia marah aku ker?
hurm....
maafka aku kalo aku buaat silap...

soalan di hati dan benak fikiran...

Mungkin bahan di bawah berguna kepada kita suatu masa
nanti. “Ubat penenang” dari Al-Quran ni tak ditakwil lagi kemujarapannya..KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUSTASI?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87

sutera sebalik wajah



aku menulis entri ni sebaik sahaja selesai menonton slot cerekarama "sutera sebalik wajah". cerita tentang pengorbanan seorang ayah membesarkan, cerita tentang anak yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dia ada, cerita tentang anak derhaka yang tak tahu menghormati orang tua, cerita tentang kasih sayang seorang ayah yang tulus terhadap anaknya.

ayah.
. insan yg banyak berjasa kepada kita.tak ternilai pengorbanan beliau..saat menonton cerita tu tadi, mengalir deras air mata aku. betapa ayah sanggup menepikan perasaan malu demi mencari nafkah buat menunaikan permintaan anak2.

terkenang kembali kisah hidup aku....


AYAH...

jasa ayah tak mampu adik balas. tiap pagi ayah bangun, ayah akan suruh mak kejutkan kami adik beradik. ayah pesan suruh solat.bersiap ke sekolah. saban hari ayah kayuh basikal tuanya untuk ke tempat kerja. itulah satu2nya kenderaan ayah.tapi ayah tak pernah merungut. dengan basikal tua itulah ayah hantar adik pergi sekolah. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 ayah bawa adik, adik bonceng kt belakang ayah. padahal adik masa tu dah berat. tapi ayah tak pernah merungut. malah ayah berusaha carikan adik laksa,makanan kegemaran adik.

adik tak pernah malu dengan ayah.. adik seronok bonceng basikal ayah. adik ingat lagi, ayah hantar adik g sekolah masa exam spm. adik duduk belakang,boleh baca nota lagi.hehe
ayah pernah cakap sebolehnya nak adik masuk aliran sains jugak. tapi adik tak dapat.adik masuk aliran sastera masa tingkatan 6. maafkan adik ayah..



tapi sekarang adik dh tunaikan impian ayah untuk tengok adik masuk universiti. adik tau adik dah dua kali sangkut exam. tapi adik janji dengan diri adik yang adik buat yang termampu.nanti adik nak kerja,beli kereta. adik nak bawa ayah dengan mak nek kereta. nak bawa ayah dengan mak g jalan2. dh keje,adik nak bawa mak ayah g haji..

EMAK..
jasa emak lagilah tak ternilai. mak megandungkan kita selama 9 bulan.melahirkan kita.bukan mudah melalui tempoh itu.

terkenang kisah hidupku...
tiap2pagi mak akan kejutkan adik untuk bangun subuh. seumpama ada alat pengesan,adik akan terjaga sebaik aje mak buka pintu. tiap2 pagi mak siapkan adik sarapan. waktu sarapan,mak akan tocangkan rambut adik dengan kemas. mak tak pernah jemu lakukannya. saat mak menocang rambut adik, adik rasa amat selesa.
bila ayah tak dapat hantar adik g sekolah, mak akan hantar separuh jalan.adik risau mak balik sorang2 sebab gelap dan penuh semak jalan tu. tapi mak redah jugak demi adik.

balik jer sekolah,mak dah siapkan makanan.walaupun kadang2 cuma lauk telur je dan adik boleh masak sendiri, tapi adik nak mak jugak yang masakkan. sama la macam sekarang bila adik balik cuti. air tangan mak sangat sedap. walaupun cuma telur goreng ajer. rindunyer kat masakan mak!!

sekarang...
tiap kali habis cuti,ayah hantar adik balik shah alam.
tiap kali sebelum bertolak dari rumah, mak akan nangis..
adik tak boleh tengok mak nangis..adik peluk mak kuat2. mak pesan macam2.tapi adik tak dengar sangat.adik rasa hangatnya pelukan seorang emak.
ayah pun akan turut sedih bila nak hantar adik balik.adik peluk ayah sebab adik sayang sangat kat ayah.

biarlah apa orang nak kata mak ayah adik.kerana adik tau, mak dengan ayah memang terbaik pada adik...

ayah..mak..

adik minta maaf...adik bukan anak yang baik sangat.. tapi adik ingat selalu pesan mak ayah.

mak..ayah... adik rindu sangat...
ketahuilah...adik sangat2 bersyukur ada mak dengan ayah..

adik ingat apa ayah kata;

"biar kita tak kaya duit,biar kita takder kereta besar. tapi biar kita banyak ilmu dan kasih sayang"


adik sayang mak...
adik sayang ayah...

walaupun mak dengan ayah mungkin tak baca blog adik, tapi adik tetap nak nyatakan.
TERIMA KASIH MAK.. TERIMA KASIH AYAH...

mengalir deras airmata aku tulis entri ni...






Saturday, June 19, 2010

knp perempuan cantik pakai tudung?

sumber : http://halqah.net
1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

penyesalan


sumber : email


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

siapa aku?


siapa sy ni?
sy seorg gadis yg bakal menjadi wanita..
tidak mungkin menjadi wanita mulia,tabah seperti Siti Khadijah,Rabiatul Adawiyah mahupun serikandi2 Islam yg lain…

aku hanyalah aku…
lumrah wanita…ingin disayangi dan menyayangi…
ingin dicintai dan mencintai…

aku hanyalah aku…
aku pemalu,pendiam…

namun…
dgn kaum hawa yg kukenali tidaklah begitu…
hanya dengan kaum adam aku begitu…
salahkah aku begitu?

aku tau…
itu kekurangan aku…
namun aku selesa begitu…

aku hanyalah aku…
insan biasa…
tiada apa yang luar biasa tentangku…

namun mengapa???
mengapa ada sj manusia yg memburukkan aku?
yg ingin melagakan aku dgn sahabat baikku?

aku membenci perangai kau,kwn…
aku tak pernak memburukkan kau…
namun mengapa itu yg kau berikn kpdku???

aku hanya insan biasa…
punya hati…
punya perasaan…
mengertilah….

lelaki mengapa sering menyakiti wanita?



kenapa ya..lelaki terlalu mudah menyakiti wanita?
apakah kerana wanita terlalu lembut?
terlalu diam atau terlalu mudah mengalah?
apakah ciri sebenar lelaki sejati?
tega seorang lelaki membuat malah membiarkan wanita yang menyayanginya menagis kerana dirinya?

atoyai…aku tak faham langsung..
segala yang telah terjadi membuatkan aku takut untuk mengenali lelaki…
aku tidak mendamba lelaki semulia Nabi Muhammad S.A.W…
tidak juga seperti Umaar Al-khattab..
tidak juga seperti Sahabat-sahabat Nabi..

tetapi cukuplah sekadar..
lelaki yg mampu melindungi aku,
membuatkan aku gembira,
berkongsi suka duka,
memahami aku,
menghormati kedua orang tuaku dan keluargaku.
malah yang penting…
MAMPU MENJADI IMAM kpdku dan keluargaku kelak…

haruskah aku percaya pada cinta lelaki?
haruskah aku percaya yang aku takkan terluka lagi gara2 lelaki?
serik…
aku benar2 serik…

aku tau..
aku mmg takkn mampu meyintai lelaki sepenuh hatiku..
tp adakah itu satu kesalahan??

lelaki..lelaki..

pada lelaki yang hadir dalam mimpiku satu ketika dulu…hadirmu ku nanti..kerna aku percaya,bahawa kaulah yang bakal menghuni hati ini…
walaupun kau belum pasti akan ku temui…
Friday, June 18, 2010

nak tukar ke tak?

dear diary..
mcm suram n terlampau lembut jer wane diari ni..
macam nak tukar lagi template tapi cam syang.
bukan ada org nk bg komen pun kan..
hurmm..tukar ke tak??
Saturday, June 12, 2010

keputusan peperiksaan semester4

diari dan kawan2...
sekarang aku rasa benar2lemah dan hmpir putus asa... =(
dear diary...macam yang aku jangkakan..keputusan peperiksaan semester lepas benar2 mengecewakan aku..kenapa aku gagal lagi? di mana kurangnya usaha aku? aku letih diary...dah dua kali aku mengalami kegagalan sepanjang berada di uitm, dan dalam peperiksaan akhir. kenapa dengan aku ni diary? mana kurangnya aku ni.. aku tidak tahu di mana lagi harus aku perbaiki.. ya ALLAH..tunjukkanlah aku mana yang perlu aku perbaiki. aku tahu aku lemah dalam kira2.aku dah berusaha. bukan aku tidak bersyukur ya ALLAH.. aku bersyukur sangat2. sekurang2nya, tu lah hasil usaha aku. aku tahu ada hikmah di sebalik setiap kejadian. tapi apakah hikmah kegagalan ni ya ALLAH? tunjukkanlah padaku ya ALLAH...
Wednesday, June 9, 2010

hari yg mendebarkan bakal tiba!!


dear diary...
esok keputusan peperiksaan semester 4 akan diketahui.eee....takutnyer! moga aku lulus semua. xmau ada repeat2dah.
ya ALLAH, aku yakin aku dah buat yg terbaik, bantulah hamaba mu ini moga lulus semua subjek.. Aminnn....Ya Rabbal Alamin..

buat kawan2 dan kepada diriku sendiri, good luck and all the best..
Tuesday, June 8, 2010

what about now?

dear diary.. last week i just return to my hometown.miss all may family members very much.
today and again i add up new widget at my blog. i cannot stop and i dont know why.what about my new blog appreance? does it look messy?
Friday, June 4, 2010

syukur ya TUHANku..


Hari2 yg aku lalui sbg pelajar memang byk cabaran dan dugaan. Di uji dri pelbagai segi antaranya kesihatan, wang ringgit, assignment, kelas yang padat dan macam2 lg sehingga membuat tubuh aku mnjd letih. Tapi aku tahu, semua ini sementara. Kerana apa? Kerana aku sedang menuntut ilmu. Bukankah menuntut ilmu dituntut dalam Islam? Dan aku tahu dalam apa jua yang kita buat, kita takkan terlepas dari ujian-NYA.
Setiap orang akan menghadapi ujian masing2. Mungkin ada yang sama dan mungkin ada yang berbeza. Tapi kenapa kita sering mempertikaikannya?
Tidakkah kita sedar bahawa setiap ujian itu membawa satu hikmah di sebaliknya? Cuma lambat dan cepat je. Atau kadang2 mungkin kita sedar atau tidak sedar.
Bangunlah wahai saudara2ku.. sama2lah kita bsyukur dgn apa yg kita ada…
Ya ALLAH jdknlh kami hamba2MU yang sentiasa bersyukur…

syg?cinta?


“Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Kalau boleh, saya nak sehidup semati dengan awak.”
Ayat inilah yang sering diucapkan oleh muda mudi masa kini. Di saat manisnya percintaan. Di dalam tempoh suai kenal. Dan dalam masa yang singkat, terus berpacaran (jadi couple).
Sering aku tertanya2…
Inikah yang dinamakan cinta?
mungkin benar kata2 pepatah yang pernah aku jumpa,
“kita Cuma perlu waktu yang singkat untuk jatuh cinta.”
Tapi, adakah ini yang sebenar2nya cinta?
ketika bercinta, semuanya indah belaka.
Apabila berkahwin, masing2 mula buat perangai.
mungkinkah rumah tangga akan aman damai?
Tuhan.. aku impikan rumah tangga yang bahagia.
hadirkanlah aku adam yang menyintai aku kerana menyintai MU ya ALLAH…
Thursday, June 3, 2010

benarkah rusuk adam bergegar ketika menemui hawanya?


dear diary...
sebentar tadi aku berbual dengan kawan2ku.terbuka lah satu cerita....cerita ini disampaikan dari seorang lelaki yang kami kenali.katanya, apabila adam bertemu hawa yang memang diciptakan untuknya, maka adam akan merasa rusuk kanannya seolah2 bergetar.
benarkah???
hanya ALLAH dan adam yang tahu...

p/s diary: terasa nak sangat tahu samada tulang rusuk siapa yang bergetar ketika menemuiku.
hua..hua..hua...
Tuesday, June 1, 2010

halaqah.net

baru jer mendaftarkan diri di halaqah.net..
nice forum n website..
mari ramai2 kita join...
http://halaqah.net

utk kawanku syg..

kat cni,
aku ada sorang kawan
kecil2 jer orangnya.
tp penuh ilmu didada.
kata2nya penuh makna.

di sini,
aku ketemu dia.
dia hebat.

di sini,
aku ketemu dia.
dia ajar aku banyak perkara.
macam2 ada.

di sini,
aku ketemu dia.
kami lahir di bulan yg sma.
cuma aku awal sikitla dari dia.
bajet dia muda la kononnyer..

jangan marah yer...
aku cuma nak abadikan kenangan kite.
terima kasih yer..
sebab sudi kenal ngan kiter..

geli ker baca?
hahaha...
sayang ko lah...
khas utk nazratul sadiah.. =)