Sunday, May 30, 2010

pencarian diketawakan

harini aku kuar dengan kawan aku.mencari kasut bertutup, gara2 memenuhi peraturan disiplin.huhu. sedih2..ada ke patot member aku komplot dengan salesman tu. dikatanya kasut saiz aku kena cari kat tempat budak2.saiz kanak2.eeeiiii...geram benor teman! sepakat benor deme gelakkan teman.
namun,alhamdulillah..aku jumpa juga kasut saiz aku.kat tempat orang dewasa ok.hehe. itupun sebab member aku tu yang tak putus asa carikan.aku dah malu nak cari sebab salesman tu ada.hahaha

=)

I wrote this early in the morning.

Malam tadi merupakan malam paling sukar untuk aku melelapkan mata. Kenapa? Mengapa? Aku tak tahu.kali terakhir aku melihat jam, jarum menunjukkan pukul5. Dan aku terjaga kembali pada pukul 6.50. dan sekarang aku tidak boleh tidur lagi. Bak kata teman sebilikku, “what happeng to u?” aku tidak tahu. Mungkin jugak kerana badan dipenuhi angin. Berlapar semalam. Sengaja. Konon nak kurangkan makan. Kena la dengan aku sekarang. Hahaha…
Saturday, May 29, 2010

can u help me?

aku tengah mencuba untuk mencantikkan blog aku ni...readers,korang ada idea dan cara tak camner nak tukar scroll atau apa2 stuff untuk blog aku ni?
harap2 dapat membantu..
terima kasih =)
Friday, May 28, 2010

kesenangan tidak akan berpanjangan

Sahabat…
aku bukan yang terbaik. Namun aku sentiasa cuba menjadi yang terbaik apabila disisimu. Aku tahu kau mendampingi aku pada awalnya kerana engkau ikhlas bersahabat denganku. Tetapi, sekarang aku tahu niatmu itu makin pudar ditelan waktu.

Sahabat..
kini aku tahu. Kau menjauhi ku kerana aku tiada lagi kepentingan dalam hidupmu. Aku tahu aku tidak mempunyai kereta jauh lagi harta benda. Aku tidak mampu membantumu dalam kira2.

Sahabat…
aku dan kawan2 terbaik ku tidak rapat dengan mereka yang mempunyai kereta dan harta benda.kami juga lemah kira2.

Tapi sahabat,
kami tetap bersabar. Kerana kami tahu, kami di pihak yang benar. Kerana kami sedia sepakat, membantu yang terikat.

Pergilah sahabat.. pergilah..
aku tahu, kami tahu, yang engkau hanya mahukan mereka yang boleh beri engkau kesenangan. Kami tahu itu bukan kami. Tapi jangan kamu lupa siapa yang melepaskan kamu di waktu kamu tersepit dulu. Bukan aku mengungkit. Tapi Cuma berikan kamu kesedaran.

Semoga kamu sedar, kesenangan tidak akan berpanjangan…

BICARA HATI SEORANG GADIS

I’m not a girl, not yet a woman..
ayat yang aku cuba fahami dari dulu, hingga kini. Aku tahu bahawa wanita atau golongan hawa adalah ciptaan Tuhan yang sangat unik dan istimewa. Kadang2 rumit difahami dan meungsingkan kaum adam. Hehe.
aku bersyukur kerana aku adalah wanita.
Namun, sebagai wanita terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Aku harus tabah menghadapi hidup yang penuh ranjau. Apatah lagi dengan usikan2 kaum adam.
Aku wanita, ditakdirkan Ilahi untuk singgah di duniaNya yang sementara ini. Perjalanan hidupku amatlah berliku, namun aku tetap bersyukur ker hadratNya, aku masih mampu menikmati setiap helaan nafas yang menerjah paru-paruku ini.
Zaman remaja ku dihiasi indah dengan kawan2 yang menceriakan hidup aku. Tidak kurang juga dengan sedikit palitan pahit dalam hari2 yang berlalu. Aku pernah digelar lesbian. Sedangkan itu adalah terlalu jauh dari aku. Fitnah itu menyebabkan aku membenci kaum lelaki. Adakah kerana aku tidak bergaul dengan lelaki menyebabkan mereka menggelar aku sedemikian? Wajarkah aku dihukum begitu? Hina sangatkah aku?
Namun aku tahu..siapa sebenarnya aku. Buat mereka yang membaca tulisan ku ini, aku mohon kepada kalian supaya jangan terus menghukum sesiapa tanpa mengetahui sebab musabab nyer. Setiap yang seseorang itu lakukan ada sebab musababnya.
-sekian-

CINTA



Ya…aku gadis yang inginkan cinta dari seorang lelaki yang sebenarnya lelaki. Lelaki yang boleh membimbing aku. Lelaki yang mampu menceriakan hidup aku.
aku sering bertanya, aku terjadi dari rusuk kanan siapa ya ALLAH? Ketemukanlah aku dengan adam itu ya ALLAH.

Aku takut..di sekeliling aku ramai adam yang menawarkan cinta. Ramai adam yang mengatakan sayang kepada aku dalam masa yang terlampau singkat. Aku keliru. Inikah cinta? Aku takut cinta seperti ini tidak bertahan lama. Adakah ini cinta ya ALLAH? Aku takut mereka Cuma mengambil kesempatan terhadapku.

Aku juga keliru ya ALLAH. Ada seorang adam mengatakan bahawa aku tidak akan menemui adamku sekiranya aku tidak mengubah penampilanku. Aku keliru. Perlukah untuk mencari adamku, aku mengubah penampilan ku? Memakai pakaian yang melekat di susuk tubuh, melilitkan dan menipiskan tudung, memakai solekan yang tebal untuk menutup kekurangan aku. Perlukah itu semua? Sedangkan pada aku, adam aku seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan aku. Salah kah aku? Correct me if I wrong.

Adakah orang seperti aku tidak layak untuk adam yang sebenarnya? Aku tidak mahu adam instant, yang menghulurkan cinta kerana nafsu. Aku tidak mahu itu! Tolonglah faham.

HIDUP DI IPT

Ramai yang sudah tahu bahawa hidup semasa belajar di ipt sangat bebas walaupun tinggal di kediaman yang disediakan pihak ipt. Apatah lagi jika menetap di rumah sewa bersama rakan2. Salah pilih teman rumah juga mampu membawa padah.
Hidup di ipt bukan bermakna untuk mencari pakwe(istilah kini). Kerana di ipt rata2nya dipenuhi dengan kaum hawa. Ada juga kaum adam. Sebagaimana kata seorang pensyarah, nisbah lelaki dan perempuan di ipt umpama 1:10. Nisbah ini membawa erti, kalau seorang lelaki putus cinta dengan seorang perempuan, lelaki tersebut mempunyai 9 orang lagi perempuan untuk di cintai. Kelakar ke? Entahlah..huhu.Jadi, saingan untuk mendapat lelaki di ipt adalah terlalu tinggi. Itu tidak termasuk lelaki yang hampir bertukar identity.
Oleh itu, kepada kawan2 yang mentafsirkan bahawa menjejak kan kaki di ipt bermaksud mencari lelaki adalah salah. Walupun tidaklah 100% salah.

KESUKARAN HIDUP BERGELAR PELAJAR IPT
Bergelar pelajar bererti menghadapi dugaan yang memcabar. Dugaan dadri aspek fizikal dan mental. Selama aku bergelar pelajar, aku tidak ingat berapa banyak titis airmata yang telah keluar. Rindu. Ya..apabila aku menjejakkan kaki di ipt, bermaksud aku terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tidak pernah aku tinggalkan. Saban malam aku menghubungi keluargaku di kampong halaman. Betapa rindunya aku dengan mereka yang aku tinggalkan demi kembara ilmu ini.
Proses pembelajaran yang sepenuhnya dalam bahasa inggeris tidaklah terlampau sukar. Cuma tugas2 berkumpulan untuk membuat research sedikit menyukarkan. Ditambah dengan kawan2 yang pada awalnya memahami namun apabila masa semakin berlalu, timbul perselisihan dan tidak puas hati. Aku menganggap itu lumrah. Kerana manusia sentiasa tidak pernah puas dengan apa yang dirinya ada dan apatah lagi jika dibandingkan dirinya dengan orang lain.
Namun semua itu masih mampu aku atasi dengan pertolongan dari ALLAH. Syukur ya ALLAH kerana membantu aku yang lemah ini.
Kerinduan terhadap keluarga dan kenangan masa lalu adalah satu perkara yang sukar, terlampau sukar untuk aku atasi. Sentiasa terbayang raut wajah emak,ayah dan kakak ku. Keriuhan di rumah, senda gurau gelak tawa kami sekeluarga. Mesti kalian ada berfikir, mengapa aku tidak pulang saja ke kampong halaman? Aku ingin pulang. Setiap minggu aku ingin pulang. Namun aku tidak mampu untuk pulang walaupun cuma 3jam sahaja masa yang aku perlukan untuk pulang ke kampong.
Kenapa tidak pulang? Ayah ku tersayang tidak membenarkan aku pulang tanpa ditemani kawan perempuan. Dan jika aku ingin pulang dari kampong halaman ke ipt, dan tiada kawan yang menemaniku, ayah akan berusaha mencari pakcik2 ku untuk menghantarku pulang. Jika pakcik2 ku tiada seorang yang berkelapangan, maka ayah akan membuat keputusan untuk mengikut ku pulang dengan menaiki bas. Dan ayah akan bawa kakakku juga. Begitu besar pengorbanan ayahku, tidak membenarkan aku pulang berseorangan kerana risau akan keselamatan ku. Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan keluarga yang sangat2 menyayangi aku. Aku sayang emak. Aku sayang ayah. Aku sayang kakak. Aku sayang korang semua!!
Ramai yang berkata, bila bergelar pelajar ipt, duit bukan masalah kerana ada pinjaman. Tapi tahukah anda bahawa perbelanjaan di ipt melebihi pinjaman yang diberikan setiap semester? Mengikat perut itu perkara biasa. Tapi aku tahu, bukan semua pelajar begitu. Mana yang mewah, mewahlah. Mana yang beringat, berjimatlah.
Apatah lagi bila tinggal di rumah sewa, pelbagai masalah juga mungkin timbul. Yang utama, kena kuat. Kuatkanlah aku ya ALLAH…

MENCARI TEMAN SERUMAH
Bukannya sesuatu yang mudah. Aku penat di rumah ini ya ALLAH. Semua yang tinggal di rumah ini sebaya dan ada yang lebih tua dariku. Aku faham mereka penat kerana mereka sudah bekerja. Namun aku juga penat kerana belajar menuntut 100% dari aspek mental dan fizikal ku. Tapi mengapa mereka tidak boleh faham sedangkan mereka juga pernah menjadi pelajar ipt. Saban minggu aku mengemas rumah dan bilik. Kadang2 saban hari. Mereka juga perempuan. Seharusnya sama2 bekerja mengemas rumah. Bagaimana mereka boleh tahan hidup dalam keadaan yang berselerak dan rumah yang kotor? Kerana aku tidak sanggup, aku kena bersihkan semua itu. Aku terfikir bahawa mungkin mereka akan menganggap tidak perlu mengemas rumah kerana aku ada untuk bersihkan. Kerja-kerja yang kotor mereka enggan lakukan. Lubang yang tersumbat aku juga yang kena korek. Arhhh.. tension jugak aku duduk di sini. Rasa mahu pindah. Tapi banyak pulak masalah nanti.

KITA SEMUA ADA MASALAH DENGAN PASANGAN MASING2

Kita, manusia yang sentiasa ada masalah. Namun kita mampu selesaikan kerana ALLAH tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menghadapinya.
Kenapa kita perlu bertekak, bertegang urat hanya kerana masalah dan salah faham yang kecil? Sering aku perhatikan di sekeliling aku, dan aku juga pernah alami pergaduhan2 kecil. Pergaduhan dengan pasangan masing2. Namun aku rasakan kita tidak perlu terlampau menjaja keburukkan ataupun kebaikan pasangan kita. Betul tak? Bila kita sering menjaja kebaikan pasangan kita, satu masa nanti kita akan terlebih menjaja keburukan dia. Sering aku lihat keadaan itu terjadi.
Bertolak ansur dan memahami itu adalah lebih penting dalam sesuatu perhubungan. Ditambah dengan perisa saling menghormati. Maka hubungan yang lahir akan lebih harmoni. Perselisihan faham yang timbul akan mampu di atasi. Kita harus memahami perasaan masing2.bukan hanya mementingkan perasaan kita sendiri sahaja.
Jadi, kenali lah diri kita dan diri pasangan.hormati dan hargai antara satu sama lain. Pergaduhan yang diselesaikan mampu menjadikan diri anda lebih menyayangi antara satu sama lain.

intersession

hai diary..today was my second week in intersession.. what a bored weekend i need to face along..3 days i will just sit at my home. i want to outing but i feel it not necessary. i want to eat, but i dont know what i want to eat..
huhu..
what is the problem diary? is this means something out of my mind?hahaha..
Tuesday, May 4, 2010

tuesday,4mei2010

i done nothing today..eat,sleep.watch korean movie and study a little bit.
wake up dear...next paper just around the corner!
but truly i said, i dont have mood to study. i feel bored. too bored.
where my friends had gone??hurm...
i feel hungry.but i dont know what to eat..
what happen to me diary??
i wanted to return to my hometown!
but i afraid.. my family will say that i become fat.
diary..how can i loose my weight?
because i love to eat and it is difficult for me to do an excersice.
how can i...hurm..
now..i really feel bored..

thats all for to night

huhu..i just copy and paste several story, sentences that i like most.
next time i will write about my daily life.ok diary?..

i want to sleep...huhu..can i?hopefully..nite dear diary..
i love you...
see ya!

kawan

kawan...
nak sebut memang mudah
tapi hakikatnya
nak cari kawan sejati punya la payah..

kawan..
bila tak ada kita cari
tapi bila dia di depan mata kita tak hargai.

bila kawan berjanji kita nak dia tepati..
terlewat seminit muncung kita panjang sedepa
alasan kawan langsung tak nak dengar
tapi kalo kita yang tak tepati
manisnya bibir menuturkan maaf..

bila kita ada masalah kawan setia di sisi..
bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi
waktu tu kita rasa dia la sahabat sehidup semati..
tapi bila kawan dihimpit masalah
kita biarkan dia menangis sendiri
jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali

bila kita perlukan pertolongan kawan disisi sedia membantu
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
tak pernah sekali pun dia merungut
tapi bila kawan meminta sedikit kudrat kita
tak habis-habis cerita kita jual
kononnya kawan menyusahkan kita

kawan simpan semua rahsia kita
kalo kita buat salah,kawan rela terima hukuman
tapi bila kawan tersilap langkah
laju mulut kita menabur cerita
kononnya kawan punya angkara
tak layak berkawan dengan kita
walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan

waktu kita susah kita cari kawan
kita mengeluh bila kita tak ada kawan
kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian
tapi...
kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan
kita tak tahu nak balas budi kawan biarpun bukan itu yang diharapkan kawan

kawan selalu memberi
kawan tak minta dibalas
tapi
sebagai kawan kita kena la beringat
bukan wang ringgit yang kawan dambakan
bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan
tapi
secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan

JaDiLaH dIrImU sEnDiRi Yg TeRbAiK

Jika tak dapat jadi meranti di puncak bukit,
Jadilah aur dilembah,tapi jadilah aur yang teranggun disisi bukit.

Jika tak boleh jadi rimbun, jadilah rumput,
Dan hiasilah jalan dimana-mana,
Jika tak dapat jadi haruan, jadilah sepat,
Tapi jadilah sepat yang terlincah didalam paya,

Bukan semua boleh jadi nakhoda,
Lainnya harus mengikut saja,
Pasti ada sesuatu untuk semua,
Kerana ada tugas yang berat, ada tugas yang ringan,
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan.

Jika tak boleh jadi bulan, JADILAH BINTANG,
Jika tak boleh jadi jagung, JADILAH KELEDEK,
Bukannya mengikut besar kalah ataupun menang,
JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK...

SeNyUm...

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah!!!

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.

cInTa VS sUkA

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang..

Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...

Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...

Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...

Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta?.
Ada apa dengan cinta

Tetapi, hakikatnya?
Cinta kepada Allah SWT
Adalah lebih hakiki dan abadi selama-lamanya...

dugaan...

bila kita dilanda pelbagai
ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih...dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan:
"Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika
kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-
orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang
agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari
kita terubat dengan janji-janji Allah..........sesungguhnya kepada
kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan.....
kerana ialah penawar.....penawar untuk kita.........marilah kita
kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang
terkandung sepenuhnya........semoga Allah memberkati anda semua....

dilamar..

suatu hari..bila ade seseorang datang melamarmu...tandanya dia sudah bersedia memikul amanah...bersedia bertentang mata dengan orang tuamu dan meminta hak keatasmu...waktu itu pasti akan terdetik di hatimu...samaada daerah barumu itu aman dan tenteram ataupun bergelombang dengan ujian..maka persiapkan lah dirimu...maniskanlah tutur..redupkanlah pandangan matamu..dan gemalaikanlah tingkahmu...disitu yang perlu terlihat hanya lah kelebihanmu..dimata seorang suami ...dirimu telah halal buat dirinya..jagalah hatinya..maruahnya..hartanya,rahsianya dan yang paling penting jagalah perutnya...kerana perut yang lapar akan hanya mengundang kemarahan dan akan mencari silapmu...hiasilah hatimu dengan sifat sabar..sabar itu bila hatimu terasa sakit dan pedih tetapi kepedihan dan kesakitan itu di selindungkan dengan raut wajahmu yang manis dengan senyuman...selindungkan resah hatimu..agar yang ternampak hanyalah kegembiraan di ruang matamu...
harumkan lah badanmu....dan bersihkan lah mulutmu...kerana seorang suami selayaknya menerima yang paling baik dari dirimu......dan apabila benihnya sudah tersemai di rahimmu..maka jagalah dan didiklah akhlakmu...moga kelak bakal anakmu akan mewarisi keindahan dan keunggulan akhlakmu...basahkan la bibir mungilmu dengan alunan zikir. hiasilah kemerduan suaramu dengan kalimah suci itu...semoga puji-pujianmu kepada Allah akan membuatkan anakmu membesar dalam keindahan dan ketenangan petunjuk darinya...bercakap la dengan anakmu semenjak dalam kandungan lagi..ceritakan kepadanya perihal ayahnya..kelak bila dia menjengah dunia ..dia sudah terbiasa dengan tangan yang bakal menyambutnya dan mengalunkan azan ketelinga kanannya...
untuk diriku yang masih bergelar gadis..kelak akan datang padaku suatu ketika diri ini dilamar orang...pernahkah engkau bertanya pada diri...cukupkah ilmu didadamu?...tebalkah sifat sabarmu?sucikah hatimu?dan dalamkah pengetahuan mu tentang agamamu..rasul2mu..?..cukup kenalkah engkau pada tuhan Yang Esa?..kerana akan tiba saatnya engkau akan ditanya semua itu.....inilah dakwat putih yang kan kau gores dan coretkan pada kepingan-kepingan kain putih yang bergelar anak anak soleh dan solehah..Ya Allah....lantaran kerdil dan lemahnya diri ini...aku pohon moga tempat naunganku kelak akan meminpin dua tangan ini menuju ke arahMu...

cinta yg suci

Cinta…
Anugerah suci Ilahi
Fitrah hidup insani
Lantaran itu aku di sini

Cinta…
Pesonanya membuai jiwaku
Hatiku diulit rindu
Yang tak bisa aku ungkapkan

Cinta…
Kernanya aku hampir lena
Dibuai jejuta sayang
Anganan indah dunia khayalan

Tapi ingat cinta…
Kernamu hatiku punah
Tusukanmu mengundang padah
Lalu hanyutlah aku
Di bawa badai taufan yang menggila

Tapi…
Aku akur padamu cinta…
Kerna aku juga seorang pencinta
Cinta yang agung untuk Rabbul Izzati

Demi cinta, manusia sanggup mati
Waima berkali-kali
Tapi bagiku cukup hanya sekali
Andai aku bisa mati
Demi cintaku pada Ilahi!!!

cinta,kasih,sayang,hati??

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I -Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

cinta..


CARILAH ERTI CINTA DALAM KESUNYIAN INI
BILA KAU RINDU AKAN AKU
BILA KAU RINDU AKAN BERTEMU
BILA KAU RINDU DENGAN GELAK TAWAKU
JANGAN KAU PERNAH BUANG & TEPIS SEMUA ITU
TETAPI SIMPANLAH SEMUANYA
DALAM HATI DAN ANGANMU

DAN APABILA KESUNYIAN MASIH MENGHIMPITMU
AMBILLAH BAYANGANKU DALAM HATI & ANGANMU
DAN SAAT ITU KAU AKAN TAU
HATI KITA AKAN TETAP BERSATU
WALAU KAU JAUH DARIKU

DAN APABILA KAU SEDAR AKAN KESETIAANKU
KAU AKAN TAU,
KAU AKAN MENGERTI
BANYAK ERTI CINTA, ERTI KASIH, ERTI SAYANG
DALAM HIDUP YANG KAU JALANI

BUKAN SEKEDAR RINDU
TAPI CINTA DALAM HATIMU
AKAN KUMILIKI SELALU

lelaki idaman saya


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman
Yg hanya disalut rasa taqwa kpd Allah
Yg jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yg sentiasa haus dgn ilmu
Yg sentiasa dahaga akan pahala
Yg solatnya adalah maruah dirinya
Yg tidak pernah takut utk berkata benar
Yg tidak pernah gentar utk melawan nafsu
Yg sentiasa bersama kumpulan org2 yg berjuang di jln Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menjaga tutur katanya
Yg tidak bermegah dgn ilmu yg dimilikinya
Yg tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
Yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang
Yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yg bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menghormati ibunya
Yg sentiasa berbakti kkpd kedua org tua dan keluarga
Yg bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yg akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Keran dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yg hidup di bwh naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasululah
Yg boleh diajak berbincang dan berbicara
Yg menjaga matanya dr berbelanja
Yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dgn cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yg bakal menjadi baka yg baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yg tidak terpesona dgn buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama

wanita tidak lemah!

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap
tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

yg mana pilihanmu hawa?

Buat mereka yg bergelar wanita dan gadis...
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..


OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..

kepada...

Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.



Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..