Friday, May 28, 2010

KITA SEMUA ADA MASALAH DENGAN PASANGAN MASING2

Kita, manusia yang sentiasa ada masalah. Namun kita mampu selesaikan kerana ALLAH tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menghadapinya.
Kenapa kita perlu bertekak, bertegang urat hanya kerana masalah dan salah faham yang kecil? Sering aku perhatikan di sekeliling aku, dan aku juga pernah alami pergaduhan2 kecil. Pergaduhan dengan pasangan masing2. Namun aku rasakan kita tidak perlu terlampau menjaja keburukkan ataupun kebaikan pasangan kita. Betul tak? Bila kita sering menjaja kebaikan pasangan kita, satu masa nanti kita akan terlebih menjaja keburukan dia. Sering aku lihat keadaan itu terjadi.
Bertolak ansur dan memahami itu adalah lebih penting dalam sesuatu perhubungan. Ditambah dengan perisa saling menghormati. Maka hubungan yang lahir akan lebih harmoni. Perselisihan faham yang timbul akan mampu di atasi. Kita harus memahami perasaan masing2.bukan hanya mementingkan perasaan kita sendiri sahaja.
Jadi, kenali lah diri kita dan diri pasangan.hormati dan hargai antara satu sama lain. Pergaduhan yang diselesaikan mampu menjadikan diri anda lebih menyayangi antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment