Friday, May 28, 2010

CINTA



Ya…aku gadis yang inginkan cinta dari seorang lelaki yang sebenarnya lelaki. Lelaki yang boleh membimbing aku. Lelaki yang mampu menceriakan hidup aku.
aku sering bertanya, aku terjadi dari rusuk kanan siapa ya ALLAH? Ketemukanlah aku dengan adam itu ya ALLAH.

Aku takut..di sekeliling aku ramai adam yang menawarkan cinta. Ramai adam yang mengatakan sayang kepada aku dalam masa yang terlampau singkat. Aku keliru. Inikah cinta? Aku takut cinta seperti ini tidak bertahan lama. Adakah ini cinta ya ALLAH? Aku takut mereka Cuma mengambil kesempatan terhadapku.

Aku juga keliru ya ALLAH. Ada seorang adam mengatakan bahawa aku tidak akan menemui adamku sekiranya aku tidak mengubah penampilanku. Aku keliru. Perlukah untuk mencari adamku, aku mengubah penampilan ku? Memakai pakaian yang melekat di susuk tubuh, melilitkan dan menipiskan tudung, memakai solekan yang tebal untuk menutup kekurangan aku. Perlukah itu semua? Sedangkan pada aku, adam aku seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan aku. Salah kah aku? Correct me if I wrong.

Adakah orang seperti aku tidak layak untuk adam yang sebenarnya? Aku tidak mahu adam instant, yang menghulurkan cinta kerana nafsu. Aku tidak mahu itu! Tolonglah faham.

1 comments:

  1. masaenyer akn tibe nanti..
    sabr la menungunyer...
    alamualaikum

    ReplyDelete