Monday, May 3, 2010

Cintailah Cinta..~

-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..

- Buat adik2 dan sahabat2 tersayang...
Cinta..
ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecualiutk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macamkita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara.

jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasisegala2nya..( Al-Anfal:2)

0 comments:

Post a Comment