Friday, May 28, 2010

kesenangan tidak akan berpanjangan

Sahabat…
aku bukan yang terbaik. Namun aku sentiasa cuba menjadi yang terbaik apabila disisimu. Aku tahu kau mendampingi aku pada awalnya kerana engkau ikhlas bersahabat denganku. Tetapi, sekarang aku tahu niatmu itu makin pudar ditelan waktu.

Sahabat..
kini aku tahu. Kau menjauhi ku kerana aku tiada lagi kepentingan dalam hidupmu. Aku tahu aku tidak mempunyai kereta jauh lagi harta benda. Aku tidak mampu membantumu dalam kira2.

Sahabat…
aku dan kawan2 terbaik ku tidak rapat dengan mereka yang mempunyai kereta dan harta benda.kami juga lemah kira2.

Tapi sahabat,
kami tetap bersabar. Kerana kami tahu, kami di pihak yang benar. Kerana kami sedia sepakat, membantu yang terikat.

Pergilah sahabat.. pergilah..
aku tahu, kami tahu, yang engkau hanya mahukan mereka yang boleh beri engkau kesenangan. Kami tahu itu bukan kami. Tapi jangan kamu lupa siapa yang melepaskan kamu di waktu kamu tersepit dulu. Bukan aku mengungkit. Tapi Cuma berikan kamu kesedaran.

Semoga kamu sedar, kesenangan tidak akan berpanjangan…

0 comments:

Post a Comment