Friday, May 28, 2010

HIDUP DI IPT

Ramai yang sudah tahu bahawa hidup semasa belajar di ipt sangat bebas walaupun tinggal di kediaman yang disediakan pihak ipt. Apatah lagi jika menetap di rumah sewa bersama rakan2. Salah pilih teman rumah juga mampu membawa padah.
Hidup di ipt bukan bermakna untuk mencari pakwe(istilah kini). Kerana di ipt rata2nya dipenuhi dengan kaum hawa. Ada juga kaum adam. Sebagaimana kata seorang pensyarah, nisbah lelaki dan perempuan di ipt umpama 1:10. Nisbah ini membawa erti, kalau seorang lelaki putus cinta dengan seorang perempuan, lelaki tersebut mempunyai 9 orang lagi perempuan untuk di cintai. Kelakar ke? Entahlah..huhu.Jadi, saingan untuk mendapat lelaki di ipt adalah terlalu tinggi. Itu tidak termasuk lelaki yang hampir bertukar identity.
Oleh itu, kepada kawan2 yang mentafsirkan bahawa menjejak kan kaki di ipt bermaksud mencari lelaki adalah salah. Walupun tidaklah 100% salah.

KESUKARAN HIDUP BERGELAR PELAJAR IPT
Bergelar pelajar bererti menghadapi dugaan yang memcabar. Dugaan dadri aspek fizikal dan mental. Selama aku bergelar pelajar, aku tidak ingat berapa banyak titis airmata yang telah keluar. Rindu. Ya..apabila aku menjejakkan kaki di ipt, bermaksud aku terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tidak pernah aku tinggalkan. Saban malam aku menghubungi keluargaku di kampong halaman. Betapa rindunya aku dengan mereka yang aku tinggalkan demi kembara ilmu ini.
Proses pembelajaran yang sepenuhnya dalam bahasa inggeris tidaklah terlampau sukar. Cuma tugas2 berkumpulan untuk membuat research sedikit menyukarkan. Ditambah dengan kawan2 yang pada awalnya memahami namun apabila masa semakin berlalu, timbul perselisihan dan tidak puas hati. Aku menganggap itu lumrah. Kerana manusia sentiasa tidak pernah puas dengan apa yang dirinya ada dan apatah lagi jika dibandingkan dirinya dengan orang lain.
Namun semua itu masih mampu aku atasi dengan pertolongan dari ALLAH. Syukur ya ALLAH kerana membantu aku yang lemah ini.
Kerinduan terhadap keluarga dan kenangan masa lalu adalah satu perkara yang sukar, terlampau sukar untuk aku atasi. Sentiasa terbayang raut wajah emak,ayah dan kakak ku. Keriuhan di rumah, senda gurau gelak tawa kami sekeluarga. Mesti kalian ada berfikir, mengapa aku tidak pulang saja ke kampong halaman? Aku ingin pulang. Setiap minggu aku ingin pulang. Namun aku tidak mampu untuk pulang walaupun cuma 3jam sahaja masa yang aku perlukan untuk pulang ke kampong.
Kenapa tidak pulang? Ayah ku tersayang tidak membenarkan aku pulang tanpa ditemani kawan perempuan. Dan jika aku ingin pulang dari kampong halaman ke ipt, dan tiada kawan yang menemaniku, ayah akan berusaha mencari pakcik2 ku untuk menghantarku pulang. Jika pakcik2 ku tiada seorang yang berkelapangan, maka ayah akan membuat keputusan untuk mengikut ku pulang dengan menaiki bas. Dan ayah akan bawa kakakku juga. Begitu besar pengorbanan ayahku, tidak membenarkan aku pulang berseorangan kerana risau akan keselamatan ku. Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan keluarga yang sangat2 menyayangi aku. Aku sayang emak. Aku sayang ayah. Aku sayang kakak. Aku sayang korang semua!!
Ramai yang berkata, bila bergelar pelajar ipt, duit bukan masalah kerana ada pinjaman. Tapi tahukah anda bahawa perbelanjaan di ipt melebihi pinjaman yang diberikan setiap semester? Mengikat perut itu perkara biasa. Tapi aku tahu, bukan semua pelajar begitu. Mana yang mewah, mewahlah. Mana yang beringat, berjimatlah.
Apatah lagi bila tinggal di rumah sewa, pelbagai masalah juga mungkin timbul. Yang utama, kena kuat. Kuatkanlah aku ya ALLAH…

MENCARI TEMAN SERUMAH
Bukannya sesuatu yang mudah. Aku penat di rumah ini ya ALLAH. Semua yang tinggal di rumah ini sebaya dan ada yang lebih tua dariku. Aku faham mereka penat kerana mereka sudah bekerja. Namun aku juga penat kerana belajar menuntut 100% dari aspek mental dan fizikal ku. Tapi mengapa mereka tidak boleh faham sedangkan mereka juga pernah menjadi pelajar ipt. Saban minggu aku mengemas rumah dan bilik. Kadang2 saban hari. Mereka juga perempuan. Seharusnya sama2 bekerja mengemas rumah. Bagaimana mereka boleh tahan hidup dalam keadaan yang berselerak dan rumah yang kotor? Kerana aku tidak sanggup, aku kena bersihkan semua itu. Aku terfikir bahawa mungkin mereka akan menganggap tidak perlu mengemas rumah kerana aku ada untuk bersihkan. Kerja-kerja yang kotor mereka enggan lakukan. Lubang yang tersumbat aku juga yang kena korek. Arhhh.. tension jugak aku duduk di sini. Rasa mahu pindah. Tapi banyak pulak masalah nanti.

0 comments:

Post a Comment