Friday, May 28, 2010

BICARA HATI SEORANG GADIS

I’m not a girl, not yet a woman..
ayat yang aku cuba fahami dari dulu, hingga kini. Aku tahu bahawa wanita atau golongan hawa adalah ciptaan Tuhan yang sangat unik dan istimewa. Kadang2 rumit difahami dan meungsingkan kaum adam. Hehe.
aku bersyukur kerana aku adalah wanita.
Namun, sebagai wanita terlalu banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Aku harus tabah menghadapi hidup yang penuh ranjau. Apatah lagi dengan usikan2 kaum adam.
Aku wanita, ditakdirkan Ilahi untuk singgah di duniaNya yang sementara ini. Perjalanan hidupku amatlah berliku, namun aku tetap bersyukur ker hadratNya, aku masih mampu menikmati setiap helaan nafas yang menerjah paru-paruku ini.
Zaman remaja ku dihiasi indah dengan kawan2 yang menceriakan hidup aku. Tidak kurang juga dengan sedikit palitan pahit dalam hari2 yang berlalu. Aku pernah digelar lesbian. Sedangkan itu adalah terlalu jauh dari aku. Fitnah itu menyebabkan aku membenci kaum lelaki. Adakah kerana aku tidak bergaul dengan lelaki menyebabkan mereka menggelar aku sedemikian? Wajarkah aku dihukum begitu? Hina sangatkah aku?
Namun aku tahu..siapa sebenarnya aku. Buat mereka yang membaca tulisan ku ini, aku mohon kepada kalian supaya jangan terus menghukum sesiapa tanpa mengetahui sebab musabab nyer. Setiap yang seseorang itu lakukan ada sebab musababnya.
-sekian-

0 comments:

Post a Comment