Sunday, June 20, 2010

sutera sebalik wajah



aku menulis entri ni sebaik sahaja selesai menonton slot cerekarama "sutera sebalik wajah". cerita tentang pengorbanan seorang ayah membesarkan, cerita tentang anak yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dia ada, cerita tentang anak derhaka yang tak tahu menghormati orang tua, cerita tentang kasih sayang seorang ayah yang tulus terhadap anaknya.

ayah.
. insan yg banyak berjasa kepada kita.tak ternilai pengorbanan beliau..saat menonton cerita tu tadi, mengalir deras air mata aku. betapa ayah sanggup menepikan perasaan malu demi mencari nafkah buat menunaikan permintaan anak2.

terkenang kembali kisah hidup aku....


AYAH...

jasa ayah tak mampu adik balas. tiap pagi ayah bangun, ayah akan suruh mak kejutkan kami adik beradik. ayah pesan suruh solat.bersiap ke sekolah. saban hari ayah kayuh basikal tuanya untuk ke tempat kerja. itulah satu2nya kenderaan ayah.tapi ayah tak pernah merungut. dengan basikal tua itulah ayah hantar adik pergi sekolah. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 ayah bawa adik, adik bonceng kt belakang ayah. padahal adik masa tu dah berat. tapi ayah tak pernah merungut. malah ayah berusaha carikan adik laksa,makanan kegemaran adik.

adik tak pernah malu dengan ayah.. adik seronok bonceng basikal ayah. adik ingat lagi, ayah hantar adik g sekolah masa exam spm. adik duduk belakang,boleh baca nota lagi.hehe
ayah pernah cakap sebolehnya nak adik masuk aliran sains jugak. tapi adik tak dapat.adik masuk aliran sastera masa tingkatan 6. maafkan adik ayah..



tapi sekarang adik dh tunaikan impian ayah untuk tengok adik masuk universiti. adik tau adik dah dua kali sangkut exam. tapi adik janji dengan diri adik yang adik buat yang termampu.nanti adik nak kerja,beli kereta. adik nak bawa ayah dengan mak nek kereta. nak bawa ayah dengan mak g jalan2. dh keje,adik nak bawa mak ayah g haji..

EMAK..
jasa emak lagilah tak ternilai. mak megandungkan kita selama 9 bulan.melahirkan kita.bukan mudah melalui tempoh itu.

terkenang kisah hidupku...
tiap2pagi mak akan kejutkan adik untuk bangun subuh. seumpama ada alat pengesan,adik akan terjaga sebaik aje mak buka pintu. tiap2 pagi mak siapkan adik sarapan. waktu sarapan,mak akan tocangkan rambut adik dengan kemas. mak tak pernah jemu lakukannya. saat mak menocang rambut adik, adik rasa amat selesa.
bila ayah tak dapat hantar adik g sekolah, mak akan hantar separuh jalan.adik risau mak balik sorang2 sebab gelap dan penuh semak jalan tu. tapi mak redah jugak demi adik.

balik jer sekolah,mak dah siapkan makanan.walaupun kadang2 cuma lauk telur je dan adik boleh masak sendiri, tapi adik nak mak jugak yang masakkan. sama la macam sekarang bila adik balik cuti. air tangan mak sangat sedap. walaupun cuma telur goreng ajer. rindunyer kat masakan mak!!

sekarang...
tiap kali habis cuti,ayah hantar adik balik shah alam.
tiap kali sebelum bertolak dari rumah, mak akan nangis..
adik tak boleh tengok mak nangis..adik peluk mak kuat2. mak pesan macam2.tapi adik tak dengar sangat.adik rasa hangatnya pelukan seorang emak.
ayah pun akan turut sedih bila nak hantar adik balik.adik peluk ayah sebab adik sayang sangat kat ayah.

biarlah apa orang nak kata mak ayah adik.kerana adik tau, mak dengan ayah memang terbaik pada adik...

ayah..mak..

adik minta maaf...adik bukan anak yang baik sangat.. tapi adik ingat selalu pesan mak ayah.

mak..ayah... adik rindu sangat...
ketahuilah...adik sangat2 bersyukur ada mak dengan ayah..

adik ingat apa ayah kata;

"biar kita tak kaya duit,biar kita takder kereta besar. tapi biar kita banyak ilmu dan kasih sayang"


adik sayang mak...
adik sayang ayah...

walaupun mak dengan ayah mungkin tak baca blog adik, tapi adik tetap nak nyatakan.
TERIMA KASIH MAK.. TERIMA KASIH AYAH...

mengalir deras airmata aku tulis entri ni...






1 comments:

  1. aboy{bkn namer sbnr}June 20, 2010 at 2:52 PM

    cetusan hati dedikasi..hehhehehe pengorbanan ibu bape terhadap seorng anak amt lah tnggi.. mereka sggp lakukn aper sajer demi kejayan anak mereka..walau sedlm maner sklipon,setinggi maner skli pon mereka sngup tempuh,dgn titik peloh mereka..demi ank2..tp hri nie ank2 x fkir sush pyh mereka nak dptkan sdkit hrte utk kegmbraan ank..tnper merka siaper la kiter ddunia ini..tnpe mrke tiader la kiter hri ini..renungkan lah wahai hmbe allh yg berglar seorng anak..aper tggng jwb anda trhdp ibu bapa anda sngup hbskn beribu2 tok membsrkan anda aper blsan anda terhdp ibu bapa anda..fkrkn la teman2..

    ReplyDelete