Tuesday, October 26, 2010

Kehadapan my future husband,

I menulis warkah ini kerana member-member I cabar I untuk membalas surat you. Tapi, secara jujurnya, I memang terpanggil untuk menulis dan I menulis dari kaca mata seorang gadis. So, you bacalah sendiri tulus dari hati nurani you.

Wahai my future husband,

Both of us face the same problem. I don’t know who you are and I have no idea where you are right now. I pun tertanya-tanya, siapalah tuan yang telah meminjamkan tulang rusuknya pada I. But, I have set my mind, one day, bila tiba waktunya kita berjumpa, I akan terima you dan diri you seadanya dan I harap you pun mampu terima I sebegitu. I mengharapkan yang you ni baik, hensem, berilmu, berpegang teguh pada agama, rajin and kelakar. Tapi I akan terima you seadanya. Yang x berapa nak baik tu, kita baiki sama2…Kalu x berapa nak alim 2, kita sama-sama mendalami ilmu agama…kalu you tak rajin, I merajuk lah…kalu you x kelakar, I boleh tengok cerita komedi…Haa, kalu you x hensem, pada I, you la paling hensem di alam semesta.

Wahai si peminjam tulang rusuk,

I berharap sangat2, bila I check facebook you nanti, tak ada gambar2 you pegang2 dengan perempuan lain. Sebab, setahu I la, lelaki ni, bila perempuan pegang tangan dia, sentuh dia, bertepuk tampar dengan dia, dia x ada pun effort nak mengelak. Makin galak ada la. Walaupun you lelaki x banyak aurat nak dijaga, batas pergaulan sesama bukan muhrim hendaklah dijaga. Lagipun, I tau, you ni baik kan….pandai jaga maruah kan…

Satu lagi, kalau you mengibaratkan seorang perempuan ini ibarat coklat Ferrero Rocher, I pulak mengharapkan you ni macam ice –cream Cornetto. Walaupun aurat you dari pusat sampai lutut, you tetap menjaga lebih daripada itu. Tak payah la pakai short ke, boxer ke, x hensem tau. Engok Ice-cream Cornetto tu, die pakai gak kon kat bahagian bawah. Dah tu, ada pulah pembalut untuk tutup bahagian yang lain. Sebab tu la kot, Ice-cream cornetto tu mahal. Lagi mahal, lagi orang nak. Satu lagi, x payah la nak ikut sangat trend2 sekarang ni, pakai gelang la, pakai rantai la. Kan haram hukumnya kalau lelaki memakai barang kemas dan menyerupai perempuan. Kalau you x pakai, mesti lagi hensem.

Lagi pulak, you tahu kan, kalau mengimpikan gadis yang baik, seorang lelaki tu mestilah memperbaiki dirinya. X payah la jadi nerd sangat, cukuplah sekadar berilmu dan bersederhana. Biar sekufu.

My future husband,

Kalau you x tahu pasal masa depan you, I lagi lah x tahu. I mana ada power nak lihat masa depan. I pon x ada pintu ‘Suka hati’ cam Doreamon tu. I tahu, you mungkin x ada banyak duit sangat. So, x adalah I membayangkan you akan bagi rumah sampai 10 tingkat kat I, apatah lagi nak bayangkan yang you belikan I barang kemas satu badan. I x kisah dengan tu semua. Cukuplah kalau you mampu bagi I nafkah zahir dan batin seadanya. Apa? You nak bagi I 20-30 anak? You ingat I ni kilang buat anak ke? I takut you tu je yang x mampu nak sara anak2 you yang bederet tu nanti.

My future husband,

Bila kita ada rumah nanti, I x kisah kalau you jarang ada kt rumah sebab nak buat kerja over time. Lagi bagus, boleh la I tambah koleksi barang kemas I, alat2 mekap I, baju2 I…alah, bukan untuk siapa pon, untuk you jugak. I x mintak you selalu ada kat rumah, layan I macam permaisuri samapai you x ada masa nak hangout dengan member you. Nanti, orang kata I ni Queen control pulak. Cukuplah sekadar you ingat yang you ada tanggungjawab yang diamanahkan ke atas bahu you. Apa? You nak tambah 1 lagi? Hmm…kalau yang seorang ni pun, you terpaksa buat OT, catu sana, catu sini, ada hati nak pasang lagi 1?

Apa? You x kisah. Nak pasang lagi 1 jugak? Ok, I x kisah, sebab kurang sikit beban I nk jaga you. Beban I makin kurang, tapi beban you tu, makin banyak amanah yang you kena pikul nanti. See, I memang prihatin. I ni bukan apa, kesian kat you. Lagipun, I nak jadi isteri solehah, mana tau kot2 kat akhirat nanti boleh dapat payung emas.

My future husband,

You tahu, I x mengharapkan you lelaki yang baik sangat, yang nerd and ikut je cakap I. I lagi suka kalau you tu nakal. Nakal je tau, bukan jahat, bukan miang. You punya kenakalan campur dengan I punya keras kepala, I suka. Biar ada gaduh2 manja antara kita. Meriah rumah tangga. Kalau you nerd sangat, bosan la I. Lagipun, bukan ke gaduh ni adat rumah tangga, penceria suasana. Tapi kalau kita gaduh, siang malam x ada beza ye. Bukan siang je gaduh, tapi malam pulak baik…I tau niat you.

My future husband,

I harap you reti memasak. Yelah, bukan ke chef2 popular kat dunia ni kebanyakkannya dipelopori oleh kaum Adam. So, x salahkan kalau you memasak. I ni, sekali-sekala nak jugak rasa air tangan you tu. X kan I je sorang yang masak, mesti you bosan kan. Kalau kite makan kat luar je, mesti you x suka. Yelah, habislah duit you. Alah, you masak Maggie pon I rasa sedap, sebab you yang masak. Kan romantic kalau you masakkan untuk I. Apa orang kata, teknik menjaga keutuhan rumah tangga? Mana la tahu, tup2, kita dicalonkan sebagai pasangan paling romantic, you jugak yang bangga kan…

Duhai si peminjam tulang rusuk,

I sedaya upaya untuk jaga diri I, sedaya upaya mengelakkan diri dari bercouple. Tapi, you pun kena jaga diri you jugak. Kalau you x bercouple, lagi baik. Tapi, kalu dah TERcouple, nak buat macam mana kan. Bukan boleh diundurkan masa tu balik. Tapi, janganlah pulak you buat perkara yang bukan2 dengan anak dara orang. Ingat, jaga maruah diri dan keluarga. X yah la dating2, lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Nafsu lelaki ni ada 1 je, so suruh akal you yang ada 9 tu control nafsu tu.

Finally, nak habis jugak coretan I ni,

You cakap, kalau kita kawin nanti, I masak, you makan…you imam, I makmum…You baca doa, I aminkan…I merajuk, you pujuk…ungkapan itu umpama doa dan I sentiasa aminkan. You nak I cari you? Apa? You takut kalu you tersalah pilih perempuan? You x nak I jadi isteri no 2,3,4 you? Ehem… I x kisah kalau jadi isteri no 2,3,4 you, tapi kalau you lambat cari I, nanti orang lain akan potong jalan you. Siapa yang melopong nanti? Siapa yang frust tertonggeng nanti? You bukannya boleh jadi husband no 2,3,4 untuk I kan….

Untuk si peminjam tulang rusuk,

Janganlah megharapkan isteri semulia Khadijah At-Tahirah,

Andai diri x semulia Muhammad S.A.W.

Janganlah mengimpikan isteri sebaik Fatimah Az-Zahra,

Andai diri x sebaik Ali Karamallahu Wajhah.

0 comments:

Post a Comment