Tuesday, October 26, 2010

andainya...

Andai kebahagiaan itu milikku
Kan ku serahkan semuanya padamu
Agar tidak ku lihat lagi tangis penderitaanmu
Agar kau bahagia walau bukan denganku.

Andai hari adalah milikku,
akan ku hentikan setiap detik waktu,
supaya kau sentiasa disampingku,
agar aku tidak kehilanganmu.

Andai engkau milikku,
akan ku usahakan dgn sepnuh kudratku,
agar tdk engkau merasa wlau sdkt derita,
kerana aku hanya ingin melihat kau gembira.

Andai aku punya kuasa,
akan aku berikan kau cahaya,
agar engkau tidak terpinga2,
mencari haluan untuk berjaya.

Andai aku mampu,
pelangi akan ku kekalkan di situ,
supaya indah setiap harimu,
seperti indahnya pelangi itu.

Andai engkau berduka dgn pasanganmu,
engkau carilah aku,
aku akan setia mndengar ceritamu,
walau hatiku umpama dihiris sembilu.

Andai tiba waktu,
engkau pasti tahu,
mengapa aku seperti itu,
hanya kerana utk kebahagiaanmu,

Andai engkau tahu,
betapa besar pengorbananku,
kerana menyintaimu,
pasti engkau menghargaiku.

Namun,pabila tiba waktu itu,
takkan aku menerimamu,
kerana aku tahu,
engkau bukan milikku.



0 comments:

Post a Comment