Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman
Yg hanya disalut rasa taqwa kpd Allah
Yg jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yg sentiasa haus dgn ilmu
Yg sentiasa dahaga akan pahala
Yg solatnya adalah maruah dirinya
Yg tidak pernah takut utk berkata benar
Yg tidak pernah gentar utk melawan nafsu
Yg sentiasa bersama kumpulan org2 yg berjuang di jln Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menjaga tutur katanya
Yg tidak bermegah dgn ilmu yg dimilikinya
Yg tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
Yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang
Yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yg bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menghormati ibunya
Yg sentiasa berbakti kkpd kedua org tua dan keluarga
Yg bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yg akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Keran dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yg hidup di bwh naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasululah
Yg boleh diajak berbincang dan berbicara
Yg menjaga matanya dr berbelanja
Yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dgn cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yg bakal menjadi baka yg baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yg tidak terpesona dgn buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
0 comments:
Post a Comment