Ya Allah…
jika aku jatuh cinta ya Allah,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan,
cintanya padaMu,
agar brtambah
kekuatanku untuk meyintaimu ya Allah.
Ya Muhaimin…
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak aku
terjatuh dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana…
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak aku
berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati…
jika aku rindu,
rindukanlah
aku pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu.
Ya Allah…
jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah…
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan..
jangan biarkn aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
yang menyeru
manusia kepadaMu.
Ya Allah…
jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
mleupakan aku pada cnita hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu
Amin ya rabbal’ alamin…
doaku m0ga kita
sama2 berjaya dunia akhirat
berjaya dalam mengharungi segala
dugaan dan cabaran
yang sememangnya menguji kekuatan keimanan
kerana tapak iman itulah
yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang.
semga cinta yang dicari telah ditemui
semoga Allah meletakkan kita
dibawah payung rahmat kasihNya
0 comments:
Post a Comment